Tuesday, 23 April 2013

Tarikh Keputusan Matrikulasi 2013/2014

Bagi para pelajar lepasan SPM 2012 pasti berdebar-debar untuk mengetahui keputusan Program Matrikulasi bukan?
Baiklah di sini cikgu ingin mengumumkan bahawa tarikh penyemakan permohonan adalah pada 
25 April 2013

Oleh itu para pelajar boleh la membuat semakan di laman sesawang bahagian matrikulasi sendiri.

p/s:
All da best!!
Semoga mendapat tawaran mengikuti kursus matrikulasi pada tahun ini.

Warna-warni Minggu Kerjaya 2013

Hari Pertama
Perasmian dan Persembahan Peragaan Kerjaya
Hari Pertama: Ceramah Kerjaya

Hari Kedua: Pameran Kerjaya


Hari ketiga: Career Hunt


GBKSM,AJK dan MSU (pengelola Career Hunt)


Aktiviti: Minggu Anti Dadah 2013

Alhamdulillah, Minggu Kerjaya telah berlalu dengan jayanya. Insya Allah.

 Kini tibalah Minggu Anti Dadah untuk beraksi. Metafora kan ayat tadi. Sebenarnya cikgu nak cakap yang minggu ni SMKHC akan dan sedang menganjurkan Minggu Anti Dadah. Program ini dibawakan atau dikelolakan oleh UBK SMKHC ( pengelola Minggu Kerjaya juga!).

Berikut adalah tentatif atau perjalanan program. ^_^

22 April 2013 (Isnin)


  • Perasmian Minggu Anti Dadah
  • Persembahan Pentomin
  • Ceramah Anti Dadah 
  • Pameran (AADK, MyWATCH & PDRM)
24 April 2013 (Rabu)
  • Kuiz Anti Dadah
25 April 2013  (Khamis)

  • Pertandingan Melukis Banting

Begitulah tentatif yang telah di rancang. Semoga berjalan dengan lancar. Nantikan gambar2 menarik dari pihak UBK. Semoga dengan segala pengisian tersebut para pelajar dapat mengambil iktibar untuk menjauhi dadah.







Tuesday, 16 April 2013

Aktiviti: Minggu Kerjaya 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar para pembaca dan anak-anak pelajar? Semoga sihat sentiasa. ^_^

Tanggal 15 April 2013 telah berlangsung perasmian Minggu Kerjaya bagi tahun 2013. Program Minggu Kerjaya ini akan berlangsung selama 3 hari, bermula 15 April hingga 17 April 2013. Program pada kali ini di isi dengan pelbagai aktiviti yang menarik. Untuk pengetahuan semua, program ini adalah dibawah kelolaan GBKSM SMK Hillcrest bersama 2 orang Kaunselor Praktikal dari UIAM.

Berikut merupakan sedikit tentatif untuk program yang berlangsung selama tiga hari ini. (Dah berlangsung selama dua hari pun) ^_^.

15 April 2013 (Isnin)

  • Perasmian Minggu Kerjaya
  • Persembahan dari PRS dan ahli Kelab Kerjaya
  • Ceramah Kerjaya (dari Matrikulasi,PTPL, Times Media Sdn Bhd, Politeknik & Kolej Komuniti)
16 April 2013 (Selasa)
  • Pameran Kerjaya (lebih dari 15 agensi menyertai pameran ini) semua tingkatan sesi pagi melawat tapak pameran
17 April 2013 (Rabu)
  • Career Hunt (100 orang pelajar tingkatan lima ) <---- awesome

Begitulah antara aktiviti yang telah dan akan berlangsung selama tiga hari ini. Semoga anak-anak pelajar mendapat manfaat daripada program ini. 

p/s: Nantikan laporan penuh dari Unit Kaunseling SMK HIllcrest (video dan gambar aktiviti) selepas hari terakhir program.