Tuesday, 16 April 2013

Aktiviti: Minggu Kerjaya 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar para pembaca dan anak-anak pelajar? Semoga sihat sentiasa. ^_^

Tanggal 15 April 2013 telah berlangsung perasmian Minggu Kerjaya bagi tahun 2013. Program Minggu Kerjaya ini akan berlangsung selama 3 hari, bermula 15 April hingga 17 April 2013. Program pada kali ini di isi dengan pelbagai aktiviti yang menarik. Untuk pengetahuan semua, program ini adalah dibawah kelolaan GBKSM SMK Hillcrest bersama 2 orang Kaunselor Praktikal dari UIAM.

Berikut merupakan sedikit tentatif untuk program yang berlangsung selama tiga hari ini. (Dah berlangsung selama dua hari pun) ^_^.

15 April 2013 (Isnin)

  • Perasmian Minggu Kerjaya
  • Persembahan dari PRS dan ahli Kelab Kerjaya
  • Ceramah Kerjaya (dari Matrikulasi,PTPL, Times Media Sdn Bhd, Politeknik & Kolej Komuniti)
16 April 2013 (Selasa)
  • Pameran Kerjaya (lebih dari 15 agensi menyertai pameran ini) semua tingkatan sesi pagi melawat tapak pameran
17 April 2013 (Rabu)
  • Career Hunt (100 orang pelajar tingkatan lima ) <---- awesome

Begitulah antara aktiviti yang telah dan akan berlangsung selama tiga hari ini. Semoga anak-anak pelajar mendapat manfaat daripada program ini. 

p/s: Nantikan laporan penuh dari Unit Kaunseling SMK HIllcrest (video dan gambar aktiviti) selepas hari terakhir program.


No comments:

Post a Comment