Tuesday, 1 January 2013

               AMALAN-AMALAN PENTING 

  •   Makan apabila lapar dan berhenti sebelum kenyang.   

  • Jangan terus minum air selepas makan.
  • Kunyah makanan dengan baik sebelum ditelan.Ini mempercepatkan proses penghadaman.
  • Jangan tidur atau berbaring selepas makan sebaliknya cubalah berjalan-jalan sebentar atau melakukan kerja-kerja ringan seperti mengemas meja makan,mencuci pinggan,ataupun mengemas buku-buku.
  • Makan sekurang-kurangnya 2 jam sebelum belajar.Proses penghadaman,terutamanya apabila selepas makan makanan berat seperti nasi sekurangnya mengambil 2 jam prosos penghadaman.Semasa proses penghadaman berlaku,oksigenbanyak digunakan bagi menghadamkan makanan.Akibatnya mata terasa mengantuk dan malas belajar
    .
  • Jangan makan sambil belajar.Ramai pelajar yang mengunyah gula2 getah,memakan kacang dan sebagainya.Amalan begini membuatkan tumpuan belajar anda terganggu.Cukuplah dengan menyediakan sebotol air mineral semasa belajar.Sekiranya memang sudah terlalu lapar,berhentilah seketika dan alas perut sebelum sambung belajar.
  • Banyakkan minum air kosong.Sekurang-kurangnya 8 gelas sehari ataupun lebih kurang 1.5 liter.
  • Kurangkan gula dalam makanan secara berlebihan lebih lebih lag kepada mereka yang hiperaktif.Gula yang berlebihan juga boleh meningkatkan berat badan dan memudaratkan,
  • Pastikan mengambil sarapan pagi.Ramai pelajar yang tidak mengambil sarapan atas alasan tidak sempat ataupun tidak lapar.Kaijian menunjukkan bahawa mereka yang bersarapan pagi mempunyai  ingatan jangka pendek yang kuat serta mampu memberi tumpuan yang lebih dalam kelas berbanding mereka yang tidak bersarapan.

      APAKAH PEMAKAN YANG BAIK UNTUK DIAMALKAN?


        Kita adalah apa yang kita makan.Kajian menunjukkan hari ini bilangan remaja obesit,iaitu gemuk yang berlebihan semakin meningkatBerikut antara makanan yang perlu dimasukkan sebagai makanan tambahan kerana khasiatnya yang mampu meningkatkan daya ingatan.Senarai yang diberikan ini hanya sebagai panduan dan anda perlu rujuk kepada pakar pemakanan sekiranya mahukan diet yang teratur.Antara makanan itu ialah:
  • Kurma
  • Madu
  • Kismis
  • Anggur hitam
  • Lobak merah
  • Badam
  • Susu
  • Halia 
  • Ikan tuna 
  • Buah epal 
  • Pisang 
  • Air
  • Air
  • Soya dan makanan yang berasaakan soya
  • Makanan berasaskan Ginkgo Biloba 

    Antara makanan yang patut dielakkan ialah:

    1.  Kepala ikan
    2. Organ dalaman binatang
    3. Makanan yang dimasuki semut
    4. Minuman berkarbonat
    5. Makanan segera seperti maggie,burger dan sebagainya
    6. Mkana yang terdedah karana dikhuatiri dimasuki semut,cicak,lipas dan sebagainya.
    7. Pelbagai bentuk asam yang mengandungi bahan perisa dan bahan pengawet
    8. Minuman berkafein.Pelajar menganggap bahawa dengan meminum kopi,mereka dapat berjaga malam lebih segar dan dapat menumpukan lebih perhatian.Hakikatnya,kopi membawa kesan yang negatif kepada kita dalam jangka masa yang panjang.Malah,kesan  positif  daripada minum kopi hanyalah sementara.
     

    TIPS BUAT PELAJAR DI AMBANG PEPERIKSAAN..    

   Calon-calon peperiksaan seperti PMR,SPM dan STPM semakin serius dalam mengulangkaji sama ada secara menghadiri kelas tambahan mahupun membuat latih tubi soalan-soalan tahun lepas.Apapun cara pelajar,mungkin tips di bawah dapat membantu pelajar dalam pecutan akhir menghadapi peperiksaa.

1)Jangan panik
    jangan panik ketika melangkah masuk ke dalam dewan peperiksaan!!ini kerana perasaan panik boleh membuatkan anda lupa tentang apa yang anda sudah pelajari selama ini.Masuklah dengan yakin dalam diri anda bahawa anda pastu boleh.

2)Rehat dan riadah secukupnya 
 Perlu mendapat tidur dan rehat yang cukup.Jangan lupa bersenam sekurang-kurangnya 10 minit sehari untuk pengaliran oksigen kerana pengaliran oksigen yang baik boleh menghasilkan otak yang cerdas.

3)Pemakanan yang berkhasiat dan seimbang
    elakkan daripada mengambil pemakan yang berkeifen kerana anda mungkin akan sukar tidur dan boleh menghilangkan tumpuan anda.pemakana seimbang disyorkan.

4)Kawal emosi dan perasaan
  Elakkan diri daripada terbabit dalam sebarang konflik yang boleh menggugat perasaan dan emosi anda di saat anda akan menghadapi peperiksaan.Jangan menimbulakan perasaan terasa hati mahupun pertelingkahan antara keluarg ataupun rakan2.kerana ia boleh mengganggu perasaan anda untuk menjawab soalan kelak.

5)Banyakkan berdoa dan bersolat
  Pelajar yang beragama Islam perlulah memperbanyakkan solat-solat sunat seperti solat tahajjud,solat hajat,dan solat taubat untuk memperolehi rahmat dan keredhaan daripada-Nya.

      BUKAN STUDY HARD TAPI STUDY SMART!!     

    Aku ni pandai tapi kenapa bukan pelajar cemerlang?setiap hari aku pergi sekolah,buat homework yang cikgu bagi tapi,kenapa bukan aku yang jadi pelajar cemerlang?Keputusan ujian cukup-cukup makan je..

Sebenarnya bukan anda saja kata begitu tetapi ramai pelajar mempunyai soalan sedemikian.seperti pepatah inggeris:

"Don't work hard ,work smart"

Ini bermakna kita tidak perlu bekerja keras untuk mendapatkan untung.Oleh itu,anda sebagai pelajar yang bercita-cita untuk menjadi pelajar cemerlang perlulah membezakan mana satu study hard dan study smart.

Jika anda ingin menjadi pelajar cemerlang,anda mestilah mempunyai sifat dan sikap berikut:

a)Pelajar cemerlang akan mendahului waktu dengan membuat segala persediaan sebelum guru mengajar.

b)pelajar cemerlang sentiasa cerrgas dan pandai menguruskan waktu selepas sesi persekolahan.

c)pelajar cemerlang sentiasa mematuhi nasihat guru dan ibu bapa.