AMALAN-AMALAN PENTING
- Makan apabila lapar dan berhenti sebelum kenyang.
- Jangan terus minum air selepas makan.
- Kunyah makanan dengan baik sebelum ditelan.Ini mempercepatkan proses penghadaman.
- Jangan tidur atau berbaring selepas makan sebaliknya cubalah berjalan-jalan sebentar atau melakukan kerja-kerja ringan seperti mengemas meja makan,mencuci pinggan,ataupun mengemas buku-buku.
- Makan sekurang-kurangnya 2 jam sebelum belajar.Proses penghadaman,terutamanya apabila selepas makan makanan berat seperti nasi sekurangnya mengambil 2 jam prosos penghadaman.Semasa proses penghadaman berlaku,oksigenbanyak digunakan bagi menghadamkan makanan.Akibatnya mata terasa mengantuk dan malas belajar
.
- Jangan makan sambil belajar.Ramai pelajar yang mengunyah gula2 getah,memakan kacang dan sebagainya.Amalan begini membuatkan tumpuan belajar anda terganggu.Cukuplah dengan menyediakan sebotol air mineral semasa belajar.Sekiranya memang sudah terlalu lapar,berhentilah seketika dan alas perut sebelum sambung belajar.
- Banyakkan minum air kosong.Sekurang-kurangnya 8 gelas sehari ataupun lebih kurang 1.5 liter.
- Kurangkan gula dalam makanan secara berlebihan lebih lebih lag kepada mereka yang hiperaktif.Gula yang berlebihan juga boleh meningkatkan berat badan dan memudaratkan,
- Pastikan mengambil sarapan pagi.Ramai pelajar yang tidak mengambil sarapan atas alasan tidak sempat ataupun tidak lapar.Kaijian menunjukkan bahawa mereka yang bersarapan pagi mempunyai ingatan jangka pendek yang kuat serta mampu memberi tumpuan yang lebih dalam kelas berbanding mereka yang tidak bersarapan.

No comments:
Post a Comment